Terbang di atas Grand Canyon



Tibalah hari yang dinanti-nantikan. Bertahun lamanya saya menunggu peluang ini. Di pagi hari lagi selepas bersarapan saya bergegas ke lapangan terbang Tusayan. Kecil sahaja lapangan terbangnya. Saya ke bangunan seperti yang dinyatakan di dalam tiket saya tempah berbulan sebelum itu.

Deretan helikopter bersedia untuk membawa pelancong merentasi Grand Canyon.
Deretan helikopter bersedia untuk membawa pelancong merentasi Grand Canyon.

Sesampainya di sana saya melihat deretan helikopter yang sedia untuk terbang. Belum pernah saya lihat helikopter sebanyak ini di dalam satu masa. Di kaunter saya di sambut mesra oleh pelayan kaunter. Rupa-rupanya saya tersilap bangunan. Helikopter yang saya tempaha berada di bangunan lain.

Syarikat Penerbangan yang penulis naiki.
Syarikat Penerbangan yang penulis naiki.

Sesampainya di bangunan yang betul berat saya ditimbang. Tempat duduk ditetapkan mengikut berat kami. Hanya kamera dan telefon dibenarkan dibawa ke dalam heli. Beg galas dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali. Video panduan keselamatan dipaparkan ketika kami menunggu di ruang menunggu.

Juruterbang sedang bersiap-sedia.
Juruterbang sedang bersiap-sedia.

Saya bernasib baik. Sepatutnya helikopter kami dinaiki oleh 6 penumpang. Namun yang hadir ketika itu hanyalah kami berempat. Juruterbang muda menyambut kami dengan senyuman. Beliau biasanya memandu heli berpuluh-puluh kali sehari.

Kami terbang merentasi hutan. Sesampainya di tebing Grand Canyon, terasa satu perasaan yang amat sukar dibayangkan. Rasa takut ada sedikit namun ianya dilupai sebaik sahaja melihat pemandangan Grand Canyon yang tersergam indah ini.

Banyak helikopter lain terbang dalam masa yang sama.
Banyak helikopter lain terbang dalam masa yang sama.

Selama 20 minit di awangan kami mendarat kembali ke lapangan terbang. Cita-cita untuk menaiki helikopter tercapai akhirnya dan saya yakin yang ianya bukan kali terakhir…

722a6527 722a6551

722a6565
Perasaan gembira dan teruja yang tidak dapat dibayangkan selepas penerbangan.

Siri penulis di Amerika Syarikat

  1. Terbang dengan kelas perniagaan
  2. Mendarat dan bermalam di Lapangan Terbang Los Angeles
  3. Memilih kereta sewa di Los Angeles
  4. Premium Outlet, syurga membeli belah barangan berjenama
  5. Palm Springs, pusat peranginan dikelilingi gurun
  6. Hotel di tengah-tengah gurun Sonora
  7. Dikelilingi beribu-ribu kaktus gergasi di Taman Negara Saguaro
  8. Destinasi impian Grand Canyon.
  9. Terbang di atas Grand Canyon
  10. Monument  gergasi semulajadi di Monument valley
  11. Kabin di pekan kecil Bluff, Utah

Apa komen anda?