Emas dan Switzerland.



Emas merupakan logam yang sangat berharga di dunia ini.  Dianggarkan 2000 ton emas dieksport keluar Switzerland pada tahun 2016!  Nilainya dianggarkan sebanyak 80.5 billion Swiss Francs (355 billion ringgit).

Contoh produk dari Valcambi Switzerland.

Switzerland bukanlah negara yang kaya dengan hasil bumi termasuk emas. Namun emas mentah yang dilombong di serata dunia diimport masuk ke negara ini untuk diproses. 70 peratus  emas yang diproses di dunia ini dibuat di Switzerland.

Jongkong emas dari Argor Heraus, Switzerland

Mengapa Switzerland merupakan pengimport dan pengexport utama emas? Ini kerana proses  menghasilkan emas tulen  99.99 percent merupakan satu proses yang rumit dan memerlukan kepakaran khusus. Selain itu Switzerland terkenal dengan ketelitian dan ketepatan kerja serta standard kualiti yang tinggi.

Keselamatan juga merupakan satu faktor penting di mana negara ini antara negara yang paling selamat di dunia. Sistem keselamatan di sini moden dan cekap.

Tidak hairankan empat kilang pemprosesan utama emas di dunia terletak di Switzerland. Mereka adalah

Memandangkan harga emas yang menarik perhatian ramai pembeli buat masa ini, Switzerland dengan bahagianya memproses emas tersebut untuk memenuhi kehendak pasaran dunia di samping mengaut keuntungan yang lumayan.

Rekabentuk jongkong emas 1 kilo dari Pamp, Switzerland.

Namun ironinya, rakyat Switzerland tidak mementingkan emas sebagai perhiasan. Amat jarang untuk melihat wanita di sini memakai barang kemas yang diperbuat daripada emas.  Mungkin mereka menyimpan emas di dalam bentuk syiling ataupun jokong di dalam peti besi bank Switzerland.

Apa komen anda?