Video: kampung Rüeggisberg yang sejuk membeku.



Berjalan di atas salji pada suhu -6 bukannya senang. Namun kesusahan bersejuk beku amat berbaloi apabila menikmati keindahan gunung-ganang banjaran Alps. Lebih-lebih lagi apabila cahaya matahari menjelma.

Saya terpaksa memandu ke kawasan bukit untuk menikmati cahaya matahari. Sudah berhari-hari bandar Bern suram dengan kabus. Itulah yang melecehkan setiap kali tiba musim sejuk. Sudahlah hari sangat pendek, ditambah lagi dengan kabus dan mendung berminggu-minggu lamanya.

Sekarang sudahpun bulan Januari. Setiap hari, waktu siang semakin panjang. Saksikanlah video yang penulis rakam sewaktu bersiar-siar di kampung Rüeggisberg yang tidak jauh dari bandar Bern.

Apa komen anda?