Selamat Datang


Penulis di tepi sungai Aare

Syukur Alhamdulillah,  akhirnya penulis berjaya menghasilkan lelaman web yang dinamakan Khabar dari Switzerland. Domain kdsvizra.ch dipilih agar ia senang diingati oleh pembaca sekalian.

KD adalah singkatan kepada ‘Khabar dari’ manakala Svizra ialah Swizerland dalam Bahasa Romansch, salah satu bahasa rasmi Switzerland. Dot.ch pula adalah domain bagi negara Switzerland yang dalam bahasa Latin dikenali sebagai Confoederatio Helvetica.

Objektif halaman ini adalah untuk berkongsi pengetahuan  mengenai negara angkat  penulis , Switzerland serta Eropah khususnya negara yang berbahasa Jerman seperti Jerman, Austria dan Liechtenstein. Juga dipaparkan pengembaraan penulis ke serata dunia.

Halaman ini dipaparkan di dalam ibunda penulis, Bahasa Melayu untuk menyumbangkan sebanyak mungkin kandungan Bahasa Melayu di alam maya ini.

Semoga pembaca sekalian beroleh manfaat dengan membaca halaman ini. Segala maklumbalas pembaca sekalian amatlah dihargai.  Penulis amat bergembira jika pembaca berkongsi kandungan di sini di halaman sosial pembaca sekalian.

Akhirkata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan apa yang tidak sempurna itu datangnya dari hambaNya yang kerdil ini.

Wassalam.

Apa komen anda?