Destinasi impian Grand canyon.



Selepas daftar keluar hotel di kawasan kaktus saya memandu ke utara. Saya sekali lagi merentasi sempadan meninggalkan Arizona menuju ke Utah.  Destinasi yang saya tuju kali ini merupakan destinasi terpenting bagi saya sepanjang lawatan ke Amerika kali ini. Pada tahun 2010 saya gagal untuk ke sini apabila melawat California.

722a6444

Grand Canyon merupakan salah satu daya tarikan semujadi terpenting di dunia. Hampir 5 juta pelawat datang ke sini setiap tahun. Ianya sangat besar dan luas. Dalamnya melebihi 1.8 kilometer dan panjangnya melebihi 400 kilometer. Lebarnya pula mencecah 25 kilometer!

722a6668

Bagi peminat Geografi, tebing gergasi ini umpama buku teks menerangkan kejadian bumi selama berbillion tahun lamanya. Bagi peminat Biologi pula, di sinilah habitat flora dan fauna yang sangat berbeza dalam jarak yang dekat. Di atas tebing terdapat pokok-pokok menghijau, di dalam cerunnya pula terdapat kaktus dan di tepi sungai colorado pula terdapat rumput dan lalang.

dsc02563

Pertama kali saya melihat cerun gergasi ini, saya sesak nafas. Ianya bukan disebabkan kerana saya berada di ketinggian yang melebih 2400 meter di atas paras laut tetapi kerana saya terasa yang diri ini sangat kecil seperti semut di lantai.

722a6686

Pemandangan sangatlah indah apabila matahari turun. Bayangan cerun dan tebing gergasi  mulai berubah dan warna persekitaran bertukar kemerah-merahan. Suhu mulai menjunam. Nasib baiklah saya ada membawa baju tambahan. Sukar untuk membayangkan yang kawasan ini diselaputi salji dan ais pada musim sejuk.

722a6695

Dengan hati yang berat saya meninggalkan Grand Canyon menuju ke hotel yang terletak di luar kawasan Taman Negara. Keesokan harinya saya akan menikmati  Grand Canyon dengan cara istimewa. Bagaimana? Nantikan artikel saya yang seterusnya.

Siri catatan Penulis di Amerika

  1. Terbang dengan kelas perniagaan
  2. Mendarat dan bermalam di Lapangan Terbang Los Angeles
  3. Memilih kereta sewa di Los Angeles
  4. Premium Outlet, syurga membeli belah barangan berjenama
  5. Palm Springs, pusat peranginan dikelilingi gurun.
  6. Hotel di tengah-tengah gurun Sonora.
  7. Dikelilingi beribu-ribu kaktus gergasi di Taman Negara Saguaro.
  8. Destinasi impian Grand Canyon.
  9. Terbang di atas Grand Canyon
  10. Monument  gergasi semulajadi di Monument valley
  11. Kabin di pekan kecil Bluff, Utah

Apa komen anda?