Mendarat dan bermalam di Lapangan Terbang Los Angeles (LAX)



Ini adalah kali kedua saya menjejaki ke lapangan terbang Los Angeles (LAX). Kali pertama dahulu adalah juga kali pertama saya menjejaki kaki ke benua Amerika yang besar ini.

Berbeza dengan kali pertama dahulu di mana pegawai kastam memeriksa beg, dompet dan juga kamera, kali ini tiada pemeriksaan dikenakan. Namun saya beratur selama dua jam di kaunter imigresen kerana ramai orang.

shuttle-bus

Kali pertama datang  ke Los Angeles dahulu saya terlepas penerbangan tempatan ke San Fransisco kerana lama beratur di kastam dan imigresen. Kali ini saya mengambil keputusan untuk menginap di hotel yang berdekatan dengan lapangan terbang sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

 

Terdapat banyak hotel di lapangan terbang Los Angeles ini. Namun ianya tidak dekat di mana penumpang boleh berjalan kaki ke hotel-hotel tersebut. Perhidmatan bas ulang-alik (shuttle bus) disediakan percuma oleh hotel-hotel ini.

Keesokan saya memulakan juadah pertama dengan bersarapan. Baru saya ingat yang saiz hidangan di Amerika Syarikat ini besar-besar belaka. Tidak hairanlah obesiti merupakan masalah besar di sini.

img_8063

Saya menaiki bas ulang-alik sekali lagi ke lapangan terbang, di sana saya perlu menukar bas lain yang menuju ke tempat kereta sewa.

Terdapat banyak perkhidmatan kereta sewa di sini. Selain daripada kaunter biasa, pengguna boleh menyewa kereta dengan menggunakan kiosk elektronik. Setelah bayaran dan kertas kerja seselesai, saya ke tempat meletak kenderaan untuk memilih kenderaan. Ingin tahu kenderaan mana yang saya pilih? Nantikan artikel yang seterusnya.

Siri catatan Penulis di Amerika

  1. Terbang dengan kelas perniagaan
  2. Mendarat dan bermalam di Lapangan Terbang Los Angeles
  3. Memilih kereta sewa di Los Angeles
  4. Premium Outlet, syurga membeli belah barangan berjenama
  5. Palm Springs, pusat peranginan dikelilingi gurun.
  6. Hotel di tengah-tengah gurun Sonora.
  7. Dikelilingi beribu-ribu kaktus gergasi di Taman Negara Saguaro.
  8. Destinasi impian Grand Canyon.
  9. Terbang di atas Grand Canyon
  10. Monument  gergasi semulajadi di Monument valley
  11. Kabin di pekan kecil Bluff, Utah

Apa komen anda?