Kabin di pekan kecil Bluff, Utah



Saya meneruskan memandu mencari penginapan untuk bermalam. 45 minit memandu tiada satu pekan pun ditemui. Cuak juga memandu di tengah-tengah gurun ini. Mujurlah minyak kereta diisi penuh.

Saya sampai di satu penginapan yang bernama Desert Rose Inn & Cabins. Ianya dibina daripada kayu-kayan bercirikan kabin. Amat unik sekali seni binanya. Saya terbayangkan cerita ‘Cowboy’ di mana bangunan pada zaman itu dibina daripada batang-batang kayu seperti ini.

img_8244
Pemandangan dari pintu masuk bangunan utama Desert Rose Inn & Cabin, Bluff

Bilik yang saya bermalam kelihatan moden sama seperti bilik hotel biasa. Namun pemandangan dari balkoni ini sangat memukau mata yang memandang.

722a6784

722a6766

Pada waktu malam saya berpeluang berbual dengan seorang pelayan restoran yang melayan kami. Kedengaran suara di meja sebelah bertanya di mana menu minuman keras. Namun pelayan tersebut menjelaskan kepada yang restoran di kabin ini tidak menyediakan minuman keras sama sekali. Di Utah ramai penganut ajaran Mormon. Mereka tidak minum kopi, teh dan juga minuman keras. Beliau juga bercerita sedikit sebanyak mengenai pekan Bluff yang ditubuhkan pada tahun 1880 dan penduduknya sekarang tidak lebih daripada 400 orang!

722a6771 722a6765

Kebanyakan mereka yang menginap di sini sama seperti kami. Memandu dari satu taman negara ke satu taman negara yang lain. Negeri Utah ini besarnya sama dengan Semenanjung  Malaysia dan penuh dengan tarikan alam semulajadi.

Selepas makan malam saya berehat melepaskan penat. Keesokan harinya saya akan memandu menuju ke satu satu lagi taman negara!

img_2096

Siri penulis di Amerika Syarikat

  1. Terbang dengan kelas perniagaan
  2. Mendarat dan bermalam di Lapangan Terbang Los Angeles
  3. Memilih kereta sewa di Los Angeles
  4. Premium Outlet, syurga membeli belah barangan berjenama
  5. Palm Springs, pusat peranginan dikelilingi gurun.
  6. Hotel di tengah-tengah gurun Sonora.
  7. Dikelilingi beribu-ribu kaktus gergasi di Taman Negara Saguaro.
  8. Destinasi impian Grand Canyon.
  9. Terbang di atas Grand Canyon
  10. Monument  gergasi semulajadi di Monument valley
  11. Kabin di pekan kecil Bluff, Utah

Apa komen anda?