Monument gergasi semulajadi di Monument valley



Terasa amat berat untuk meninggalkan Grand Canyon. 3 hari di sana tidak mencukupi namun perjalanan mesti diteruskan. Setelah memandu 3 jam lebih, hutan-hutan di tepi jalan bertukar menjadi rumput-rumput dan batu-batuan gurun.

Sebelum memasuki kawasan yang dimiliki oleh masyarakat Red Indian ini kami perlu membayar masuk sebanyak 20 dollar. Bagi mereka yang ingin mendapat lebih maklumat, mini muzium terletak di balai pelawat. Di sana turut juga di sediakan restaurant dah hotel penginapan.

Di sini saya mengambil gambar sekitar Monument Valley buat kali pertama

722a6727

722a6757

 

Jika anda perhatikan gambar yang saya ambil di atas, terdapat jalan kecil tidak berturap merentasi kawasan ini. Bagi pelawat yang datang dengan bas, mereka boleh menyewa pemandu dan kenderaan pacuan empat roda untuk merentasi kawasan ini. Kenderaan persendirian dibenarkan namun anda bertanggungjawab sendiri sekiranya kereta anda rosak di atas jalan yang agak lasak ini yang jaraknya sejauh 30 km.

dsc02594

Terdapat beberapa mesa dan butte (batuan gergasi yang puncaknya rata) yang sungguh menakjubkan yang boleh dilihat dari jarak dekat.  Saya memandu dan berhenti di setiap dataran pemandangan untuk menikmati fenomana geografi yang mengambil masa jutaan tahun untuk membentuk sedemikian rupa.

722a6735 722a6743

 

Terbayang di kepala filem-filem Amerika yang banyak menggunakan lokasi ini sebagai penggambaran mereka. Setelah selesai  melawat kawasan ini saya memandu ke pekan kecil berkekatan untuk bermalam.

Siri penulis di Amerika Syarikat

  1. Terbang dengan kelas perniagaan
  2. Mendarat dan bermalam di Lapangan Terbang Los Angeles
  3. Memilih kereta sewa di Los Angeles
  4. Premium Outlet, syurga membeli belah barangan berjenama
  5. Palm Springs, pusat peranginan dikelilingi gurun.
  6. Hotel di tengah-tengah gurun Sonora.
  7. Dikelilingi beribu-ribu kaktus gergasi di Taman Negara Saguaro.
  8. Destinasi impian Grand Canyon.
  9. Terbang di atas Grand Canyon
  10. Monument  gergasi semulajadi di Monument valley
  11. Kabin di pekan kecil Bluff, Utah

Apa komen anda?