Premium Outlet, syurga membeli belah barangan berjenama.



Salah satu tarikan yang menarik ramai pelancong ke Amerika Syarikat adalah membeli belah. Ini kerana di sini terdapat banyak banyak ‘outlet’ yang menawarkan barangan berjenama dengan harga yang murah daripada harga pasaran yang dijual di pusat membeli-belah biasa.

img_1806
Pintu utama ke pusat membeli-belah

Premium Outlet merupakan salah satu daripadanya. Terdapat 75 Premium Outlet di Amerika Syarikat. Syarikat Simon Premium Outlet dari Amerika bekerja sama dengan Syarikat Genting di Malaysia  turut membuka cawangan pertama di Asia Tenggara yang terletak di Johor Malaysia.

Setelah penat memandu selama 3 jam daripada Lapangan Terbang Los Angeles, saya singgah di premium outlet Desert Hills yang tidak jauh daripada Palm Springs. Bandar Palm Springs masih lagi terletak di negeri California namun iklim di sini merupakan iklim gurun yang panas dan juga kering.

Salah satu ciri menarik Simon Premium Outlet ini ialah rekabentuk pusat membeli-belahnya yang hampir sama di setiap cawangan di seluruh dunia. Rekaan Premium Outlet di Johor tidak banyak bezanya dengan cawangan di Palm Spring, Phoenix, ataupun di Las Vegas.. Ianya berkongsepkan ruang legar terbuka dengan deretan kedai yang hanya setingkat ataupun dua tingkat.

img_8073
Ruang terbuka dikelilingi oleh deretan kedai. Suhu ketika ini lebih daripada 38 darjah Celcius

Membeli-belah bukanlah hobi kegemaran saya. Namun ketika di sini saya mengambil kesempatan memberi bekalan baju serta kasut yang bakal digunakan untuk setahun dua terutamanya pakaian bersahaja atau kasual yang di gunakan seharian dan juga ke pejabat. Selain itu pakaian dan alatan untuk bersukan turut saya beli di sini.

img_1804

Ketika membeli belah saya lihat ramai pelancong antarabangsa yang turut membeli belah di sini. Mereka datang dari serata dunia termasuk dari Asia. Pelancong Asia terutamanya dari China biasanya datang beramai-ramai dengan bas pelancongan. Mereka biasanya banyak memborong barangan berjenama di sini.

img_8079
Berehat sambil menikmati makan tengahari setelah penat membeli-belah.

 

 

Apa komen anda?