Terbang dengan kelas perniagaan ( business class)



Kali ini penulis berpeluang menaiki pesawat dari Zurich ke Los Angeles yang mengambil masa selama 12 jam itu di tempat duduk kelas perniagaan. Penulis sebenarnya tidak mampu untuk menempah tambang kapal terbang kelas perniagaan ini, namun hasil daripada mengumpul  mata daripada penerbangan Swiss bertahun-tahun sebelum ini, penulis berjaya menukarkan mata tersebut untuk menaik taraf penerbangan ke kelas perniagaan dengan tambahan membayar harga tambang ekonomi.

Perkhidmatan kelas perniagaan bermula ketika daftar masuk di lapangan terbang lagi. Kaunter khas disediakan untuk kelas perniagaan. Pemeriksaan keselamatan juga cepat kerana kami menggunakan laluan khas yang disediakan untuk penumpang kelas perniagaan.

Sementara menunggu untuk menaiki pesawat, penumpang kelas perniagaan biasanya menunggu di ruang istirehat khas yang disediakan. Di sini disediakan makanan yang minuman percuma. Selain daripada itu terdapat ruang senyap untuk beristirehat.

Di dalam pesawat, tempat duduk kelas perniagaan lebih luas daripada kelas ekonomi. Kerusinya juga berfungsi  sebagai kerusi urut. Selain itu kerusi ini boleh diubah menjadi katil untuk tidur.

img_1757

Makanan yang dihidangkan juga turut berbeza. Makanan dihidangkan sebanyak dua kali dan setiap kali waktu makan , dihidangkan pembuka mulut, makanan utama dan pencuci mulut secara berasingan.

Beginilah kemewahan mengembara bagi mereka yang mampu. Tidak dapat dibayangkan bagaimana pula rasanya jika terbang di dalam kelas pertama.

 

Siri catatan Penulis di Amerika

  1. Terbang dengan kelas perniagaan
  2. Mendarat dan bermalam di Lapangan Terbang Los Angeles
  3. Memilih kereta sewa di Los Angeles
  4. Premium Outlet, syurga membeli belah barangan berjenama
  5. Palm Springs, pusat peranginan dikelilingi gurun.
  6. Hotel di tengah-tengah gurun Sonora.
  7. Dikelilingi beribu-ribu kaktus gergasi di Taman Negara Saguaro.
  8. Destinasi impian Grand Canyon.
  9. Terbang di atas Grand Canyon
  10. Monument  gergasi semulajadi di Monument valley
  11. Kabin di pekan kecil Bluff, Utah

Apa komen anda?