Dikelilingi beribu-ribu kaktus gergasi di Taman Negara Saguaro.



Tujuan saya memandu kali ini ialah untuk ke Taman Negara Saguaro. Rupa-rupanya terdapat 2 taman negara Saguaro. Satu terletak di sebelah barat bandar Tucson dan satu lagi di sebelah timur . Memandangkan masa yang amat terhad, saya memandu ke Taman Negara Saguaro Barat. Ianya mengambil masa selama 2 jam setengah dari tempat penginapan kami di Scottsdale.

Ketika memandu di kawasan hutan tidak jauj daripada taman negara, saya sangkakan yang saya sudahpun berada di dalam taman negara, namun ianya hanyalah laluan denai dikenali sebagai David Yetman West Trailhead. Saya berhenti sekejap untuk bergambar.

722a6294

Setelah melalui jalan berliku-liku akhirnya sampailah kami ke Balai Pelawat Taman Negara Saguaro. Di sini kami membeli Pas Taman Negara yang boleh digunakan untuk memasuk Taman Negara di seluruh Amerika Syarikat selamat setahun. Terdapat 275 buah Taman Negara di Amerika Syarikat yang diuruskan oleh National Park Service (Perkhidmatan Taman Negara) sejak tahun 1916.

722a6303
Bergambar di depan Balai Pelawat (Visitor Centre)

Konsep taman negara di sini amat berbeza dengan taman negara di Malaysia. Di Saguaro dan kebanyakan taman negara di sini, pelawat boleh mengujunginya menggunakan kenderaan persendirian. Terdapat beberapa tempat perhentian di mana anda boleh berhenti dan mencuba laluan denai ataupun sudut untuk menikmati pemandangan.

Saguaro membawa maksud spesis kaktus gergasi yang boleh mencecah ketinggian 21 meter. Pokok kaktus gergasi ini boleh mencecah umur ratusan tahun.

722a6313 722a6327 722a6353

Selain daripada kaktus Saguaro, terdapat beberapa jenis kaktus dan tumbuhan lain yang hidup liar di kawasan ini. Saya sangkakan yang kaktus besar ini hidup di padang pasir namun di sini terdapat banyak semak-samun yang menghijau. Namun begitu suhu di sini lebih daripada 35 darjah celcius.

Ketika saya sedang leka mengambil gambar dan memerhati flora di sini, saya dipanggil untuk menamatkan lawatan kami ke sini. Saya tidak sedar yang cuaca sudah berubah menjadi mendung dan ribut akan tiba tidak lama lagi. Tamatlah sudah pengalaman saya di kelilingi oleh kaktus-kaktus gergasi di Taman Negara Saguaro di Arizona ini.

Siri catatan Penulis di Amerika

  1. Terbang dengan kelas perniagaan
  2. Mendarat dan bermalam di Lapangan Terbang Los Angeles
  3. Memilih kereta sewa di Los Angeles
  4. Premium Outlet, syurga membeli belah barangan berjenama
  5. Palm Springs, pusat peranginan dikelilingi gurun.
  6. Hotel di tengah-tengah gurun Sonora.
  7. Dikelilingi beribu-ribu kaktus gergasi di Taman Negara Saguaro.
  8. Destinasi impian Grand Canyon.
  9. Terbang di atas Grand Canyon
  10. Monument  gergasi semulajadi di Monument valley
  11. Kabin di pekan kecil Bluff, Utah

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.