Hotel di tengah-tengah gurun Sonora.



Memandu kereta dari Palm Springs meretasi sempadan California dan Arizona menuju ke destinasi seterusnya Scottsdale, mengambil masa selama 4 jam. Ianya terletak di pinggir kota Phoenix, ibu negeri Arizona.  Iklim di sini adalah iklim kawasan gurun. Gurun yang dikenali sebagai Sonora ini penuh dengan pokok kaktus tumbuh liar di mana-mana sahaja,

Hotel Grand Seasons Scottsdale bercirikan bangunan gurun kaum Red Indian yang merupakan orang asal di kawasan ini. Apa yang paling menarik bagi penulis adalah pemandangan dari balkoni yang menghadap bukit berbatu yang dihiasi kaktus gergasi.

Bilik hotel saya terletak di bangunan berasingan dengan bangunan utama. Untuk ke sana saya perlu melalui laluan di taman kaktus. Saya ingatkan yang taman ini ditanam namun sebenarnya ianya merupakan hutan kaktus asli yang dipelihara rapi.

Setelah selesai daftar masuk saya terus mengambil kesempatan untuk mencuba kolam renangnya. Nikmat sekali apabila dapat menyejukan badan ketika suhu di sekitar panas mencecah 40 darjah ini.

Dari hotel di Scottsdale ini saya akan menuju ke taman negara Amerika pertama. Nantikan artikel seterusnya nanti.

Siri catatan Penulis di Amerika

  1. Terbang dengan kelas perniagaan
  2. Mendarat dan bermalam di Lapangan Terbang Los Angeles
  3. Memilih kereta sewa di Los Angeles
  4. Premium Outlet, syurga membeli belah barangan berjenama
  5. Palm Springs, pusat peranginan dikelilingi gurun.
  6. Hotel di tengah-tengah gurun Sonora.
  7. Dikelilingi beribu-ribu kaktus gergasi di Taman Negara Saguaro.
  8. Destinasi impian Grand Canyon.
  9. Terbang di atas Grand Canyon
  10. Monument  gergasi semulajadi di Monument valley
  11. Kabin di pekan kecil Bluff, Utah

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.