Video: Memandu ketika salji di Lenk im Simmental.



Akhirnya turun juga salji di bumi Switzerland ini. Sepanjang bulan Disember dahulu tiada sedikitpun salji yang turun baik di gunung mahupun di tanah rata. Saya mengambil kesempatan untuk cuba memandu di atas jalan bersalji.

Destinasi saya kali ini ke sebuah kampung kecil bernama  Lenk im Simmental yang terletak di kawasan tanah tinggi Berner Oberland, Switzerland. Kampung ini terkenal sebagai tempat penginapan untuk mereka yang sukakan aktiviti sukan musim sejuk.

Memandu dengan jalan yang dilitupi salji ini amat mencabar dan berbahaya bagi mereka yang tidak berpengalaman dan berhati-hati. Ianya sangat licin. Kelihatan pekerja jalan raya sibuk menyodok salji dengan kenderaan khas bagi memastikan jalan raya dapat dilalui oleh kenderaan.

Saya berhenti di sebuah restoran kampung untuk menikmati makanan tengahari. Menu yang dinamakam Käse Schnitte (keratan keju) merupakan roti yang dimasak dengan keju serta di atasnya diletakkan telur mata kerbau. Ringkas sahaja menu orang kampung di sini.

käseschnitte

Saya meneruskan pemanduan menuju ke bandar Bern yang mengambil masa sejam lebih dari sini.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.