Palms Springs, pusat peranginan dikelilingi gurun.



Setelah memandu hampir 200km selama dua jam lebih, saya sampai di tempat penginapan di pekan peranginan Palm Springs.  Banyak kali saya dengar mengenai pekan ini di dalam filem Hollywood. Tidak hairanlah kerana Palm Springs menjadi tempat lokasi pergambaran filem Hollywood sejak tahun 1910 lagi.

Palm Springs terletak di tengah tengah gurun yang dikelilingi oleh gunung-ganang. Ketika saya sampai di sini suhunya lebih daripada 35 darjah Celcius. Pada musim sejuk, ramai pengunjung dari Los Angeles datang ke sini kerana suhunya lebih selesa berbanding di sana.

Kereta sewa penulis berlatar belakangkan tempat penginapan di Palm Springs.
Kereta sewa penulis berlatar belakangkan tempat penginapan di Palm Springs.

Penginapan yang ditempah kali ini ialah rumah percutian bersebelahan dengan padang Golf. Berbeza dengan bilik hotel biasa, bilik penginapan ini turut dilengkapi dengan sinki dapur dan ketuhar gelombang.

Hotel, tasik dan gurun bergunung.
Hotel, tasik dan gurun bergunung.

Memandangkan yang saya kesuntukan masa untuk memasak saya ke hotel bersebelahan untuk makan malam. Hotel ini mempunyai lobi yang sangat besar. Di dalamnya juga terdapat jeti bot yang menghubungkan tasik di luar.

Lobi hotel JW Marriot Desert Springs dilengkapi dengan jeti bot.
Lobi hotel JW Marriot Desert Springs dilengkapi dengan jeti bot.

Kebetulan malam itu  hotel ini menyediakan  jamuan makanan laut berselerak. Ini adalah pertama kali penulis menikmati kaki ketam yang teramat besarnya. Hanya kaki ketam disediakan. Ianya dipotong, dimasak dan disejukkan untuk hidangan.

Keesokan harinya penulis akan meneruskan berjalan memandu merentasi sempadan California menuju ke Arizona.

Siri catatan Penulis di Amerika

  1. Terbang dengan kelas perniagaan
  2. Mendarat dan bermalam di Lapangan Terbang Los Angeles
  3. Memilih kereta sewa di Los Angeles
  4. Premium Outlet, syurga membeli belah barangan berjenama
  5. Palm Springs, pusat peranginan dikelilingi gurun.
  6. Hotel di tengah-tengah gurun Sonora.
  7. Dikelilingi beribu-ribu kaktus gergasi di Taman Negara Saguaro.
  8. Destinasi impian Grand Canyon.
  9. Terbang di atas Grand Canyon
  10. Monument  gergasi semulajadi di Monument valley
  11. Kabin di pekan kecil Bluff, Utah

 

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.