Memilih kereta sewa di Los Angeles.



Perjalan yang saya akan lalui mencecah lebih daripada 4000 kilometer merentasi empat negeri iaitu California, Arizona, Utah dan Nevada. Justeru itu saya perlu memilih kereta yang agak selesa dan juga praktis.

Chevrolet Camaro yang berwarna merah.
Chevrolet Camaro yang berwarna merah.

Jika diikutkan hati ingin sahaja saya mengambil kereta merah Chevrolet Camaro ini, bentuknya sangat seksi dan juga menawan. Tetapi ianya sesuai dipandu di lebuhraya dan jalan di dalam bandar sahaja. Destinasi yang saya lalui kali ini termasuklah beberapa jalan tidak berturap di Taman Negara.

Saya terlihat dua buah kenderaan yang agak popular di Amerika iaitu Ford 150 dan juga RAM 1500. Meleleh air liur bila melihat dua kenderaan ini. Namun apabila saya mendekatinya terasa yang saya ini seperti orang Hobbit di dalam filem ‘Lord of the Rings’. Saiznya sangatlah besar dan sangat kurang sesuai untuk dipandu di dalam bandar.

Setelah berfikir secara waras, saya mengambil keputusan untuk mengambil kenderaan di bawah kategori kenderaan utiliti sukan (SUV). Setelah selesai berurusan di kaunter, saya dan rakan disuruh ke tempat letak kenderaan untuk memilih kenderaan yang bakal kami naiki.

Kenderaan yang terpilih ialah Hyundai Santa Fe. Setelah memandu sepanjang percutian ini,  saya berpuas hati dengan kenderaan yang  dipilih. Radio satelit yang dilengkapkan di dalam kenderaan ini membantu menghiburkan kami ketika memandu di kawasan pedalaman.

Siri catatan Penulis di Amerika

  1. Terbang dengan kelas perniagaan
  2. Mendarat dan bermalam di Lapangan Terbang Los Angeles
  3. Memilih kereta sewa di Los Angeles
  4. Premium Outlet, syurga membeli belah barangan berjenama
  5. Palm Springs, pusat peranginan dikelilingi gurun.
  6. Hotel di tengah-tengah gurun Sonora.
  7. Dikelilingi beribu-ribu kaktus gergasi di Taman Negara Saguaro.
  8. Destinasi impian Grand Canyon.
  9. Terbang di atas Grand Canyon
  10. Monument  gergasi semulajadi di Monument valley
  11. Kabin di pekan kecil Bluff, Utah

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.