Warna-warni musim luruh, sejenak di Ottenleubad.



Musim kegemaran saya sudahpun tiba! Terdapat satu masa yang singkat pada musim luruh di mana dedaun bertukar warna. Amat susah ingin menentukan bilakah sebenarnya saat ini akan berlaku. Ini kerana ianya bergantung kepada cuaca. Jika terlalu panas maka daun kekal menghijau. Saat yang dipanggil ‘Indian Summer’ ini tidak kekal lama. Ini kerana dedaun yang berwarna kuning, oren dan merah ini sangat mudah untuk untuk luruh. Sekali datang ribut ataupun hujan maka keindahan ini akan musnah. Yang tinggal hanyalah pokok-pokok pain yang tidak bertukar warna dan pokok yang hanya tinggal ranting-ranting dan dahan-dahan sahaja.

Untuk mendapatkan pemandangan indah ini saya memandu ke kawasan  pergunungan melebihi 1000 meter daripada paras laut. Ini kerana kawasan tanah rendah kebiasaanya dilitupi kabus sepanjang hari.

Kampung  yang saya jelajahi kali ini bernama Ottenleubad. Sangat terpencil tetapi indah pemandangannya. Saksikanlah video yang saya rakamkan di bawah ini.

 

H01B3712

 

Apa komen anda?