Waldspielgruppe, mengasuh kanak-kanak di dalam hutan.



Setiap kampung atau kawasan kejiranan di Switzerland mempunyai Spielgrupppe (yang membawa maksud bermain berkumpulan) untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke 5 tahun. Seminggu sekali, kanak-kanak ini akan ke hutan  untuk Waldspielgruppe (bermain berkumpulan di hutan).

maindihutan

Pada hari tersebut kanak-kanak akan berpakaian lasak termasuk kasut yang sesuai akan ke kawasan hijau berdekatan (di sini hutan simpan hampir wujud di setiap kawasan kejiranan) tanpa mengira cuaca sejuk atau panas , kering ataupun basah.

membacadihutan

Sebelum ke hutan, ibubapa mestilah menyediakan kelengkapan yang mencukupi untuk anak-anak mereka seperti baju persalinan yang sesuai mengikut cuaca serta bekalan makanan yang menyihatkan. Bekalan yang mengandungi makanan ringan seperti cokelat atau gula-gula tidak dibenarkan sama sekali.

mainhutanluruh

Bertemankan oleh para pengajar terlatih, kanak-kanak meluangkan masa di hutan bermain, menyanyi dan juga belajar  mengenai alam sekitar seperti mengenali tumbuhan dan haiwan.

kumpulanhutan

Tidak hairanlah masyarakat di sini sangat mementingkan alam sekitar. Mereka terasa dekat dengan alam semulajadi hasil pendedahan awal dari kanak-kanak lagi. Cintakan alam sekitar yang tersemai menjadikan mereka peka dengan pencemaran, pemuliharaan alam dan juga sukakan aktiviti lasak di luar rumah.

cucidihutan

 

Apa komen anda?