Video: pemandangan di restoran berputar di atas puncak Schilthorn



Puncak Schilthorn berketinggian 2970 meter di atas paras laut. Di sini terletak restoran di mana pengunjung boleh menikmati juadah sambil menikmati pemandangan banjaran Alps. Selama 45 minit diperlukan untuk restoran ini berputar 360 darjah.

Bangunan di puncak Schilthorn yang menempatkan restoran dan muzium James Bond.
Bangunan di puncak Schilthorn yang menempatkan restoran dan muzium James Bond.

Selain restoran, di puncak ini juga terdapat muzium James Bond. Muzium ini dibina untuk mengimbas kembali penggambaran filem James Bond On Her Majesty’s Secret Service yang dirakamkan pada tahun 1968.

Saya masih lagi sedang memproses video lawatan ke Schilthorn, sementara itu saksikanlah video selang masa yang di ambil dari restoran ini.

Apa komen anda?