Ulangan; video sambutan Hari Raya di Switzerland pada tahun lepas



Sambutan hari raya di Switzerland ini sangatlah berbeza jika dibandingkan dengan sambutan bersama keluarga dan sahabat handai di kampung halaman. Pada tahun ini Persatuan Anak-anak Melayu Switzerland yang saya sertai memutuskan untuk tidak mengadakan sambutan besar-besaran seperti pada tahun lepas. Ini kerana hari raya kali ini jatuh pada cuti sekolah musim panas di sini dan ramai keluarga Nusantara mengambil peluang untuk pulang beraya di tanah air masing-masing

Kami dalam proses merancang untuk sambutan hari raya Haji yang bakal diadakan nanti!

Kepada pembaca yang baru mengenali halaman ini ataupun masih belum menonton video sambutan hari raya tahun lepas, saksikanlah video yang kami rakamkan di bawah ini!

 

Apa komen anda?