Terowong terpanjang dunia, Gotthard di Switzerland.



Tiada topik yang paling hangat dibincangkan seluruh Switzerland hari ini melainkan satu topik iaitu majlis pembukaan terowong keretapi terpanjang di dunia, Gotthard Basistunnel.

Berikut adalah beberapa fakta menarik yang saya kumpulkan di sini;

  • Majlis perasmian pada 1 June 2016, diiringi oleh Imam, Rabbi, Paderi dan wakil Atheis.
  • Terowong sepanjang 57km menghubungkan laluan keretapi dari Jerman, Switzerland dan Itali. Kargo daripada Pelabuhan Genoa di laut Mediteranian  boleh diangkut ke Pelabuhan Laut Utara seperti Rotterdam di Netherlands melalui keretapi. Pengangkutan barang melalui jalan raya dapat dikurangkan.bohrer2
  • Meskipun jarak terowong ialah 57 km tetapi jumlah panjang terowong adalah sepanjang 153 kilometer yang merangkumi dua terowong keretapi dan juga terowong keselamatan.struktur_terowong
  • Terowong Gotthard yang mengambil masa selama 17 tahun pembinaanya juga merupakan terowong keretapi paling dalam di dunia.
  • Project yang menelan belanja  12 Billion Swiss Francs (sekitar MYR 50Billion) di persetujui oleh rakyat Swiss pada tahun 1992 melalui referendum. Cost yang sama jumlahnya untuk menganjurkan Olympic di London 2012. Di anggarkan setiap rakyat penduduk Swiss menanggung sebanyak RM 5300 seorang melalui cukai.
  • Terowong ini menggantikan laluan keretapi gunung yang terdiri daripada banyak jambatan dan terowong yang dibina pada tajun 1882.gotthardbahn
  • Terowong ini akan digunakan oleh 260 keretapi kargo dan 65 keretapi penumpand setiap hari bermula pada Disember 2016.
  • Kelajuan maximum keretapi di dalam terowong ialah 250km/j dan ianya mengambil masa 25 minit untuk meretasi terowong ini.
  • Di kampung Sedrun, yang terletak  di atas laluan terowong ini, terdapat satu lubang  sedalam 1 kilometer untuk mengangkut perkerja dan barang pembinaan dengan lebih cepat.terowong gunung
  • Suhu di dalam terowong mencecah 50 darjah Celcius. Air panas yang mengalir keluar dari terowong perlu disejukkan terlebih dahulu agar tidak menganggu ekosistem.

Apa komen anda?