Termasuk di dalam rancangan televisyen Jerman.



Penyelidikan universiti biasanya tidak popular dan jauh sekali mendapat perhatian media. Namun hasil kajian vaksinasi yang  dijalankan oleh Univerisit Bern dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi memerangi Ebola mendapat perhatian media Switzerland dan juga dari Jerman.

Krew televisyen daripada stesen ARTE melawat tempat di mana kajian dijalankan di serata dunia termasuklah di institut di mana saya berkerja. Secara tidak langsung saya yang comel ini termasuk juga didalam televisyen meskipun tidak sampai dua saat.

Berhadapan dengan saya ialah ketua saya. Beliau bertanggujawab menyelia 7 orang termasuk saya. Kebanyakan ketua di sini berkongsi pejabat sama dengan orang bawahannya.

2015-10-22 15_06_52-X_enius
Inilah adalah salah satu daripada rutin seharian berkerja.
2015-10-22 15_08_09-X_enius
Berpura-pura gigih berkerja.

Bagi mereka yang berminat melihat ulang tayang dokumentari mengenai kajian ebola, sila klik link di bawah. Ianya di dalam bahasa Jerman. Saya  muncul pada minit ke 23:38  dan 23:43.

http://tinyurl.com/pfr6e3f

Bagi mereka yang berminat untuk membaca journal mengenai penyelidikan ini sila rujuk British Medical Journal.

http://www.bmj.com/content/351/bmj.h3740

 

 

Apa komen anda?