Tahun Melawat Malaysia 2014, secebis sumbangan.



Penulis meluangkan sepetang bersama satu keluarga yang terdiri daripada suami isteri dan dua orang cahaya mata bersama sepasang datuk dan nenek yang ingin bercuti di Malaysia buat pertama kali. Penulis sedaya upaya memberi maklumat terbaik agar mereka dapat merancang percutian mereka.

Itulah salah satu tugas tidak rasmi rakyat Malaysia di perantauan. Ramai di sini yang ingin tahu mengenai Malaysia dengan lebih mendalam dan kita menjadi salah satu pemberi maklumat untuk mereka.

Daripada jumlah kenalan penulis yang berasal dari Switzerland dan juga Eropah ini, ramai juga yang pernah dan ingin melawat Malaysia.

Antaranya;

  •  Rakan karib penulis yang hampir setiap tahun melawat Malaysia. Pertama kali melawat Malaysia pada 80 an dan bercita-cita untuk bersara di Kuala Lumpur kelak.
  • Rakan  wanita yang pernah mengembara beg galas bersama kawan wanitanya yang lain bermula dari utara ke selatan semenanjung Malaysia.
  • Sepasang suami isteri yang berusia 70 an mengembara bukan sahaja di bandar-bandar besar tetapi juga di kawasan pedalaman yang penulis tidak pernah dengar namanya termasuk Sabah dan Sarawak.
  • Rakan sekerja lelaki bersama keluarga dari Singapura ke Taman Negara dengan keretapi dan seterusnya ke Pulau Perhentian.
  • Dua orang kenalan niaga wanita yang meluangkan masa setengah tahun di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Kali pertama saya berjumpa dengan salah seorang daripada mereka, terus dia meneka yang saya ini orang Malaysia.

Semoga tanahairku menjadi destinasi percutian kegemaran buat ramai lagi pelancong antarabangsa di masa akan datang.

Majalah dokumentari Geo mengenai Malaysia  keluaran tahun 1992.
Majalah dokumentari Geo mengenai Malaysia keluaran tahun 1992.

 

 

Apa komen anda?