Sesayup mata memandang, sejenak di Beatenberg.



Rupa-rupanya ramai yang berfikiran seperti saya hari ini. Cuaca yang cerah dah suhu yang tidak berapa sejuk hari ini membuatkan ramai orang berpusu-pusu ke tanah tinggi untuk menikmati udara segar dan pemandangan cantik musim luruh.

Kebanyakan daun yang berwarna perang kuning atau merah ini sudah mulai luruh. Dijangkakan dalam masa seminggu dua ini, pokok-pokok ini hanya tinggal ranting sahaja.

Hari ini saya meluangkan masa ke Beatenberg. Ianya terletak tidak jauh daripada kawasan pelancongan Interlaken. Saksikanlah gambar-gambar yang saya sempat tangkap hari ini.

H01B4127
Kabus meliputi Tasik Brienz dan penempatan di tanah rata.
H01B4129
Kediaman desa di atas bukit.
H01B4132
Sayup mata memandang
H01B4139
Pokok yang mula luruh dedaunnya.
H01B4147
Eiger, Monch dan Jungfrau, tiga puncak terkenal di Bern
H01B4148
Sebuah rumah petani, di belakangnya sebuah gunung berbentuk piramid yang bernama Niesen.
H01B4151
Papan tanda panduan buat mereka yang suka merentasi desa.
H01B4157
Penempatan di lurah bukit yang landai.
H01B4161
Jalan kampung
H01B4173
Kabus tebal yang meliputi tasik Thun.
H01B4175
Sebuah rumah petani yang kaya dengan pokok dan tumbuhan.
H01B4176
Pandangan dari bukit Beatenberg, Switzerland.

 

Apa komen anda?