Sepetang di Zion National Park, Utah



Saya memandu selama lebih dari 5  jam dari Moab menuju ke Springdale, Utah. Ianya sebuah pekan kecil diduki lebih kurang 500 orang penduduk. Saya memilih untuk menginap di kampung kecil ini kerana ianya bersebelahan dengan Zion National Park. Ketika saya ingin masuk ke bilik penginapan, kami disambut oleh seekor anak rusa yang sedang berteduh dekat dengan bangunan yang kami diami.

Pemandangan dari bilik penginapan
Anak rusa yang menyambut kedatangan saya ke hotel.

 

Seperti di Grand Canyon saya hanya perlu menaiki bas ulang alik yang disediakan oleh Taman Negara Zion. Memandangkan yang jumlah pelawat meningkat setiap tahun (melebihi 3 juta pelawat setiap tahun), Taman Negara ini menyediakan bas ulang alik untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di dalam kawasan Taman Negara.

Beratur menaiki bas di dalam Zion National Park

 

Taman negara ini menjadi tarikan buat mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti mendaki tebing, berkhemah, berbasikal dan menunggang kuda. Kawasan di dalam Taman Negara Zion amatlah pelbagai dengan tebing tinggi, sungai dan air terjun dan cerun curam.

Setelah menerokai kawasan ini beberapa ketika saya menaiki bas untuk balik ke kawasan penginapan. Waktu telahpun senja. Kali ini bas yang saya naiki sesak dengan mereka yang ingin pulang berehat setelah meluangkan masa di taman negara ini.

 

Apa komen anda?