Selamat mengerjakan ibadah puasa kepada umat Islam tidak kira di mana anda berada.



H01B1802
Satu senja yang indah diambil dari balkoni penulis.

Kepada rakan-rakan yang sudahpun berpuasa pada hari Sabtu, harap hari pertama puasa berjaya dengan lancarnya. Bagi saya yang berada di Bern, Switzerland, masjid kami mengumumkan puasa pertama pada hari Ahad ini sama dengan rakan-rakan yang berada di Malaysia.

Musim panas merupakan cabaran besar untuk kami berpuasa di sini. Hari pertama puasa sahurnya sebelum 3.31 pagi dan berbuka pada 9:30 malam. Isyak pula pada pukul 11:36 malam! Namun  setiap hari puasa kami semakin pendek. Pada akhir Ramadan Subuh pada pukul 4:13 dan berbuka pada pukul 9:10 malam dan Isyak pada pukul 11:00 malam.

Bersyukurlah bagi mereka yang berpuasa di hemisfera selatan (Australia, Amerika Selatan dll) di mana sekarang ini musim sejuk dan siangnya pendek.

Pautan

Pusat Islam Bern 

Takwim Ramadan

Apa komen anda?