Sambutan hari jadi ke-90.



Nenek angkat penulis kini sudahpun mencecah umur 90 tahun! Kami menyambut hari jadinya di sebuah restoran di kampung Guggisberg.Restoran ini wujud sejak tahun 1448 lagi! (Video mengenai Guggisberg telah saya rakam di sini).

Saya amat mengagumi beliau. Meskipun telah lanjut usia beliau masih cergas minda dan juga fizikal. Hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain dan masih ke sana-sini dengan memandu keretanya. Petua bagaimana beliau dan juga ramai warga emas hidup sejahtera di Switzerland ada saya tulis sebelum ini.

Berbalik kepada sambutan hari jadi, ianya diraikan bersama keluarga terdekat. Beliau pernah berkata, bila umur meningkat beliau banyak menghadiri majlis pengkebumian daripada majlis hari jadi. Semua sahabat rapatnya telahpun meninggal dunia.

Majlis dimulakan dengan aneka jenis daging salai bersama roti dan juga mentega. Untuk penulis disediakan sepinggan hidangan makanan laut.

Sebagai pencuci dihidangkan kek Schwarzwald!

 

 

Apa komen anda?