Saman laju gaya Switzerland



Pernahkan anda melakukan kesalahan atau kesilapan di jalan raya? Jika ya, berapa kerapkah anda di saman?

Kesalahan di jalanraya merupakan satu lumrah alam. Menyedari yang ianya tidak dapat dibanteras seratus peratus, pendapatan saman merupakan salah satu sumber pendapatan bagi banyak negeri (kanton) di Switzerland ini.

Saya pernah di saman di Switzerland. Bukan sekali tetapi dua kali! Kali pertama saya di saman kerana menaiki basikal di kawasan pejalan kaki. Jangan terkejut, berbasikal pun boleh disaman sekiranya melanggar undang-undang! Bayarannya CHF 50 iaitu sekitar RM 200. Kali kedua pula saya melepasi lampu kuning ketika memandu kereta. Dengan tepatnya surat saman menyebut saya melepasi lampu kuning 0.1  saat sebelum lampu merah. Samannya berjumlah CHF 300 ataupun sekitar RM RM 1200.

Kesalahan had laju? Ianya salah satu kesalahan yang paling ditakuti bagi pemandu di Switzerland ini. Denda paling berat ialah di mana anda melebihi had laju di kawasan had kelajuan rendah seperti di kawasan kediaman dan kampung ataupun di jalan di tengah-tengah bandar. Di sini had limitnya 30 km sejam atau pun 50 km sejam.  Sedikit sahaja lebih had laju anda , samannya adalah berat sekali. Melebihi had laju di lebuhraya lebih ditoleransi berbanding di jalan biasa.

Kenapa? Ini kerana risiko kelajuan di jalan biasa adalah lebih tinggi. Pejalan kaki merupakan raja di atas jalan raya, diikuti oleh basikal, kenderaan awam seperti bas dan tram, dan keutamaan diberikan terakhir buat pemandu kereta.  Sekiranya berlaku kemalangan jalanraya antara kereta dan basikal ataupun pejalan kaki , suspek utama adalah pemandu kereta sekiranya tiada bukti untuk menafikannya.

Contoh alat mengesan kelajuan kenderaan di kawasan kediaman.
Contoh alat mengesan kelajuan kenderaan di kawasan kediaman.
Kamera di lebuhraya.

Switzerland menggunakan konsep hukuman biarlah adil tidak kira sama ada anda kaya ataupun meskin. Justeru itu kesalahan had laju yang melampau akan di denda mengikut kekayaan ataupun pendapatan anda.

Ini adalah contoh saman terkenal yang pernah dikenakan di Swizerland. Kedua-duanya berlaku pada tahun 2010.

ferrari_testarossa
contoh kereta Ferarri Testarossa
  • Seorang pemandu berwarganegara Sweden yang berumur 37 tahun memandu buat kali pertama keretanya yang diambil terus dari kilang Mercedes di Jerman. Di atas lebuhraya di Switzerland dipandunya kereta  Mercedes SLS AMG selaju 290 km sejam!  Penulis tidak menemui jumlah sebenar denda yang dikenakan, tetapi kereta tersebut dirampas serta merta, lesennya ditarik dan hukuman denda mengikut pakar, dendanya paling kurang CHF 150 ribu ! (RM  600 ribu) http://www.autobild.de/artikel/rekordstrafe-fuer-raser-1230537.html
Mercedes-SLS-AMG-
Kenderaan yang dirampas oleh polis Swiss.

Mengikut undang-undang jalanraya  Switzerland,  denda melanggar kelajuan paling maksimum boleh dikenakan setinggi CHF 1, 080, 000. ( RM 4.6 Juta) Setakat ini belum ada yang mencecah rekord tersebut.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.