REGA, jet dan helikopter ambulans buat penduduk Swiss.



Pejabat penulis berdekatan dengan hospital Inselpital di Bern ini. Setiap hari kelihatan beberapa helikopter ambulans sibuk membawa pesakit ke hospital ini. Perkhidmatan ambulans mengggunakan helikopter and juga jet disediakan oleh REGA, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) Switzerland sejak 1946 lagi.

rega inselpital
Helikopter REGA di atas bumbung Inselspital, Bern.

Sekiranya penulis dan penduduk di sini yang lain  terseliuh kaki di puncak gunung di Switzerland ini, kami tidak perlu risau, dengan  hanya perlu mendial nombor 1414 ataupun menggunakan applicasi kecemasan di dalam telefon pintar, helikopter REGA akan mengangkut kami ke hospital berdekatan.

regajambatan
Mendarat di mana sahaja. Di atas jambatan untuk mendapatkan pesakit.

Begitu juga sekiranya saya sakit teruk di luar negara seperti di tempat terpencil di benua Afrika, jet REGA akan terbang bersama doktorya untuk mengambil saya ataupun mana-mana penduduk Switzerland yang memerlukan perkhidmatannya.

regathai
Pesawat REGA mendarat di sebuah lapangan terbang Thailand.

REGA mempunyai 17 buah helikopter dan 3 buat jet yang membolehkan mereka menjalankan operasi menyelamat di Switzerland dan juga di serata dunia. Selain daripada itu perkhidmatan REGA juga turut dipinta oleh negara lain. Pada awal tahun ini dua orang doktor rakyat British yang dijangkiti virus Ebola diangkut dari Sierra Leone ke London  menggunakan pesawat REGA yang dilengkapi dengan alatan khas yang membolehkannya mengangkut pesakit yang dijangkiti oleh penyakit merbahaya seperti Ebola.

Terbang di atas awan.

Kredit: gambar-gambar REGA di petik daripada halaman sesawang   http://www.rega.ch/en

 

Apa komen anda?