Rakyat Malaysia dan rakyat Amerika hampir sama, berbeza dengan orang Eropah.



Saya dibesarkan di Malaysia dan kini menetap di benua Eropah. Dalam kesempatan ini saya berpeluang untuk hidup di beberapa negara di benua ini. Dari sini saya mula mengenali masyarakat sekeliling dan juga berpeluang untuk belajar, berkawan dan berkerja bersama beberapa rakyat Amerika.

Saya pernah menjejaki ke Amerika Syarikat beberapa kali untuk lawatan kerja dan juga lawatan peribadi serta bercita-cita untuk menjelajahi negara itu lagi. Setiap kali saya ke sana saya terasa deja vu, iaitu terasa semacam pernah mengalami pengalaman yang sama. Rupa-rupanya rasa ini disebabkan kerana terdapat banyak persamaan antara negara tersebut dengan tanah air saya.

Senarai di bawah merupakan pengamatan peribadi saya yang terhad. Ianya bukan untuk dijadikan sebagai rujukan mutlak.  Sekiranya pendapat dan pengamatan anda bersamaan ataupun berbeza silalah kongsikan bersama saya dan juga pembaca lain.

Apapun,  kita haruslah meneliti seseorang itu berdasarkan budi bahasa dan tingkah lakunya. Hiraukan latar belakang beliau. Ambil masa untuk berkenalan dengan mereka. Ini adalah langkah terbaik untuk menghindari daripada sebarang rasa prejudis.

MalaysiaAmerika SyarikatEropah
Semangat kebangsaan yang kuat begitu juga perkauman terutamanya daripada kaum Melayu.Semangat kebangsaan yang kuat begitu juga perkauman antara kulit hitam dan putih meskipun negara ini bermasyarakat majmuk.Semangat perkauman merupakan lambang kemunduran. Masyarakat majmuk daripada seluruh Eropah dan dunia hidup aman sejahtera.
Agama sangat penting di dalam kehidupan. Terdapat golongang yang menggunakan agama untuk kepentingan dan pengaruh politik.Agama sangat penting di dalam kehidupan. Terdapat golongan yang menggunakan agama untuk kepentingan dan pengaruh politik.Agama merupakan satu relik zaman dahulu. Ianya tiada kaitan dengan kehidupan majoriti dan jauh sekali dari politik.
Kuasa pemerintahan sangat besar kepada seorang individu, Perdana Menteri. Semangat kepartian yang taksub.Kuasa pemerintahan sangat besar kepada seorang individu iaitu Presiden. Semangat kepartian (Republikan atau Demokrat) yang agak taksub.Tiada kuasa besar, Perdana Menteri ataupun presiden sering bertukar ganti, begitu juga dengan parti yang memerintah.
Pengangkutan utama ialah kereta persendirian, simbol kebebasan dan kekayaan.Pengangkutan utama ialah kereta persendirian, simbol kebebasan dan kekayaan.Sistem pengangkutan awam yang cemerlang. Pengangkutan persendirian adalah pilihan bukan keperluan di kebanyakan tempat.
Sumber hiburan utama antaranya ialah dari Hollywood.Sumber hiburan utama Hollywood.Sumber hiburan tempatan. Program dari Hollywood
Pentingkan bahasa Inggeris meskipun wujud bahasa kebangsaan.Pentingkan bahasa Inggeris, sememangnya itu bahasa rasmi.Pentingkan bahasa ibunda masing-masing dalam masa yang sama menghargai kemahiran bertutur di dalam bahasa lain.
Sangat takutkan umat beragama lain (Kristian) yang ingin memusnahkan agama IslamSangat takutkan umat agama lain( Islam) yang ingin memusnahkan agama Kristian.Ramai yang mempercayai agama adalah punca manusia bertelagah sesama sendiri dalam masa yang sama bermurah hati menolong berjuta-juta pelarian muslim.
Restoran francais di mana-mana, kadar obesiti tinggi. Begitu juga dengan bussiness 24 jamRestoran francais di mana-mana, kadar obesiti tinggi. Begitu juga dengan bussiness 24 jamDi setengah tempat, restoran francais diharamkan. Kadar Obersiti rendah. Hujung minggu hampir semua kedai tutup. Konsep buka 24 jam amat asing.
Pendidikan satu perniagaan. Tamat belajar dengan hutang keliling pinggang (PTPTN).Pendidikan satu perniagaan. Tamat belajar dengan hutang keliling pinggang. Golongan miskin terpaksa berhutang dan bergadai untuk melanjutkan pelajaran.Di kebanyakan negara pendidikan tertiari percuma atau hampir percuma.
Kurang sokongan untuk mereka yang miskin, yang tidak berkerja, golongan kurang upaya mahupun warga tua.Kurang sokongan untuk mereka yang miskin, tidak berkerja, golongan kurang upaya mahupun warga tua.Golongan tidak berkerja, golongan kurang upaya mahupun warga tua mendapat sokongan daripada kerajaan.
Majoriti rakyat tidak peka mengenai isu antarabangsa. Paksi dunia adalah negara yang diduduki. Beberapa kawan penulis di tanahair yang menyatakan penulis tinggal di New Zealand, sedangkan penulis berada di Switzerland.Majoriti rakyat tidak peka mengenai isu antarabangsa, Paksi dunia adalah negara yang diduduki. Ramai yang penulis beramah mesra ketika di Amerika tidak dapat membezakan antara Switzerland dan Sweden.Cakna dengan isu antarabangsa. Rakyat ramai yang pernah merantau ke serata dunia. Pertukaran pelajar wujud sejak dari peringkat sekolah ke peringkat Universiti.
Berkawan sangat senang, hilang kawan pun begitu juga senang. Kawan umpama fesyen tudung yang bertukar setiap waktu.Bertegur sapa dan bermesra sangat senang. Boleh berborak dengan orang yang tidak dikenali dan bercerita kisah hidup dan keesokan harinya lupa siapa anda.Susah untuk berkawan. Setahun berkenalan boleh tentu dinaik taraf dari kenalan kepada kawan. Persahabatan biasanya kekal lama selepas dinaik taraf.
Kehidupan sangat dipengaruhi oleh keluarga, rakan dan tekanan masyarakat. Sindrom ‘nanti apa orang kata’Kehidupan sangat dipengaruhi oleh keluarga, rakan dan tekanan masyarakat. Sindrom ‘what other people will say’Kehidupan berpaksikan diri sendiri. Orang sekeliling tiada hak untuk mengkritik dan menentukan hidup seorang individu. Tiada tekanan masyarakat untuk anda menjadi siapa.

msia amerika




Leave a Reply to hasman Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.