Pusat rehabilitasi bagaikan tempat percutian.



Susulan daripada pembedahan lutut emak angkat penulis di hospital, beliau kini berada di pusat rehabilitasi khusus untuk pesakit yang menjalani pembedahan tulang.

Pertama kali penulis ke sana, terasa bagaikan berada di dalam pusat peranginan. Pusat ini terletak mengadap tasik Brienz, tidak jauh dari kawasan perlancongan Interlaken.

Tasik Brienz berlatar belakangkan Banjaran Alps sangat indah dan tidak menjemukan. Setiap sejam kelihatan bot belayar membawa penumpang mengelilingi Tasik.

Pusat yang bernama Eden Kurklinik ini boleh menempatkan sebanyak 44 orang pesakit dan mempunyai lebih daripada 60 orang kakitangan termasuk doktor, jururawat dan ahli fisioterapi. Setiap bilik  mempunyai kelengkapan seperti di hotel iaitu, bilik mandi, televisyen dan sebagainya.

Setiap hari mereka akan menjalani  latihan physioterapi  sehinggalah mereka bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing.

Tidak seperti di Malaysia yang mana pesakit ortopedik terdiri daripada lelaki muda akibat kemalangan jalanraya, kebanyakan pesakit di sini adalah golongan warga emas.  Mereka biasanya menjalani pembedahan sendi lutut ataupun sendi paha.

 

Di bawah ini disertakan pula video yang dihasilkan oleh Klinik ini sendiri.

Apa komen anda?