Pesawat MH370- Serangan pengganas? Intipati laporan dari suratkhabar di Switzerland



Saya bukan bertujuan untuk menggemburkan perkara yang tidak dipastikan kesahihannya. Hanya sekadar menterjemah beberapa perkara yang dilaporkan di dalam suratkhabar berbahasa Jerman di Switzerland ini.

Tajuk berita: Adakah ia satu serangan keganasan?

Antara intipati laporan ini;

– Leftenan General Pham Hoai Giang memberitahu VTC News yang kapal terbang itu terhempas, bukannya hilang.

-Kapal terbang pencari menemui jejak minyak yang panjangnya berkilometer, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu. Namun penjejakan diberhentikan kerana kegelapan malam. Kapal dihantar ke kawasan tersebut. Ujarnya lagi. Klik untuk lihat gambar

-Punca kehilangan kapal terbang masih lagi belum dikenal pasti, tiada panggilan kecemasan, dan cuaca juga agak normal.

-Terdapat spekulasi mengenai serangan pengganas, “die Bild” daripada Jerman melaporkan yang terdapat dua penumpang menggunakan pasport yang dicuri. Satu rakyat Itali dan rakyat Austria mengesahkan bahawa passport mereka dicuri dan mereka tidak pernah menempah tiket penerbangan tersebut.

-Juga mencurigakan kerana tiada signal dari kotak hitam dipancarkan.

Selain itu isi kandungan yang lain sama dengan apa yang berita Malaysia laporkan.

Sumber asal dan gambar-gambar boleh dilihat pada link di bawah.
20minute.ch
bild.de

Apa komen anda?