Pelancong tidak peka penyebab kemarahan pemandu bas.



Itulah tajuk satu artikel yang dipaparkan oleh akhbar 20.min hari ini. Negara Switzerland aman dan damai kerana rakyat di sini patuh kepada undang-undang. Sebagai contoh, tiada siapa pun di sini berani melintasi jalan di lintasan belang sekiranya lampu isyarat untuk pejalan kaki itu merah. Patuh kepada undang-undang jalan raya juga menyumbang kepada ketepatan masa jadual kenderaan awam.

2015-07-25-20min
Gambar menunjukkan sekumpulan pelancong melintas jalan meskipun lampu isyarat merah.

Namun kebelakangan ini, negara ini menerima banyak pelancong terutamanya dari Asia seperti dari negara China. Di bandar pelancongan Lucerne, kelakuan pelancong berkelompok yang tidak menghormati lampu isyarat ini telah menyebabkan kecederaan. Ramai juga yang sibuk berselfie di atas jalan raya. Beberapa kali pemandu bas terpaksa membrek bas secara mengejut. Pada bulan Mac lepas seorang penumpang bas cedera parah akibat brek mengejut kerana pelancong (dari Itali) tetiba melintas jalan. Kes terbaru adalah pada hari Isnin lepas di mana dua orang penumpang cedera kerana sebab yang sama.

Pelancong daripada Asia yang berbeza kelakuan bebanding daripada pelancong dari benua lain ini mengejutkan industri pelancongan di sini. Banyak hotel mengadu yang pelancong ini membazir makanan sewaktu sarapan hidangan bufet.  Amalan membazir merupakan kelakuan yang sangat tidak diterima oleh masyarakat yang kaya raya ini.

Selain itu juga kebersihan tandas menjadi isu kerana pelancong daripada Timur ini tidak mengetahui cara yang betul menggunakan tandas. Kebersihan merupakan lambang kebanggaan rakyat Switzerland.

Namun begitu pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi negara indah ini. Dianggarkan pelancong asing menyumbangkan sejumlah CHF 16 billion (MYR 64 billion)  kepada negara ini pada tahun lepas.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.