Panduan untuk mendapatkan tambang kapal terbang murah ke Switzerland (atau ke luar negara lain)



Ramai orang bertanyakan kepada penulis berapakah harga tiket untuk ke Switzerland. Ini adalah salah satu soalan yang saya tidak dapat menjawab dengan harga tetap kerana banyak faktor yang mempengaruhi harga tiket kapal terbang tidak kira ke mana anda pergi ke seluruh pelosok dunia ini. Sebagai contoh yang penulis lihat hari ini, untuk terbang pergi balik dari KL ke Zurich selama seminngu pada bulan Julai tahun ini tiketnya serendah MYR 1700 manakala tiket pada musim Krismas bulan Disember pula tiket paling murah ialah MYR 4600.

Di sini saya ingin kongsikan petua saya setiap kali saya berulang alik ke Malaysia ataupun merantau ke destinasi lain. Semoga ia membawa manfaat kepada pembaca semua.

IMG_6330

  1. Tetapkan bila anda ingin pergi dan kembali. Biasanya setahun sebelum saya ke mana-mana saya akan membelek kalendar kerja dan juga hari cuti pada tahun berikutnya. Seperti kita tahu harga tiket kapal terbang biasanya lebih mahal di musim cuti sekolah dan juga musim perayaan. Dengan menempah awal saya dapat mengelak daripada membayar tiket dengan harga yang tidak munasabah.
  2. Selepas menetapkan tarikh untuk terbang maka saya pula akan memilih destinasi. Hanya setelah destinasi ditetapkan maka saya akan selidiki apakah pilihan syarikat penerbangan  yang menawarkan laluan ke sana.IMG_0859
  3. Sebagai contoh sekiranya anda ingin terbang ke Switzerland dari Kuala Lumpur  maka anda perlu tahu syarikat penerbangan mana yang boleh membawa anda ke Zurich, (ataupun ke Geneva). Di sini  saya mempunyai banyak pilihan iaitu memilih penerbangan melalui Bangkok, Singapura, Doha, Muskat, Dubai, Abu Dhabi, Istanbul, Paris, Rome, London dan sebagainya, bergantung kepada syarikat penerbangan.
  4. Saya biasanya memerhatikan perkembangan harga  tiket ke destinasi tersebut antara setahun ke 6 bulan sebelum penerbangan. Saya melanggani ‘newsletter’ atau surat berita daripada syarikat penerbangan untuk memburu harga promosi. Saya juga menggunakan perkhidmatan skiplagged, skyscannerkayak dan seangkatannya untuk memantau perkembangan harga tiket.IMG_1956
  5. Sekiranya saya bertemu dengan harga yang dikira berpatutan makan saya akan membeli tiket tersebut. Kekadang hanya dengan menangguh selama sehari, harga kapal terbang boleh berubah (sama ada naik atau turun). Begitu juga dengan menganjak hari penerbangan. Biasanya saya menempah 6 bulan sehingga ke 4 bulan sebelum penerbangan. Saya menempah tiket secara langsung melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut.
  6. Secara umum, semakin lama persingahan atau ‘stopover’ di lapangan terbang, makin murah tiket kapal terbang. Kerana cuti saya yang terhad, saya memilik  untuk tidak bermalam di lapangan terbang ketika ‘Stopover’ dan membayar lebih sedikit berbanding tiket paling murah.IMG_5296
  7. Jangan lupa untuk memiliki insuran untuk percutian anda. Kerana masalah kesihatan pelancongan saya ke Amerika Syarikat yang dirancang 6 bulan sebelum itu terpaksa dibatalkan beberapa bulan yang lepas. Mujurlah saya berjaya mendapatkan balik duit untuk tempahan kapal terbang, tempahan hotel dan sewa kereta melalui insurans yang saya miliki.

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Adakah anda juga mempunyai tips menarik untuk mendapatkan harga murah tiket kapal terbang? Diharap ianya dapat dikongsikan bersama.

IMG_4806



Booking.com

Apa komen anda?