Ohne dich, tanpa dirimu.



Kebelakangan ini imej Switzerland tercemar sedikit akibat keputusan undi rakyat yang ingin menghadkan pendatang asing menetap di Switzerland. Meskipun perlaksanaannya masih belum diketahui buat setahun dua ini, namun bagi apa yang diwar-warkan oleh media massa antarabangsa sebanyak sedikit menjejasjan imej Switzerland.

Negara ini bukanlah anti bangsa asing. Saya tidak nafikan terdapat sekumpulan kecil manusia yang tidak senang dengan kehadiran bangsa asing, kebanyakannya tinggal di puncak gunung dan tidak pernah bertemu dengan rakyat asing.

Namun selain daripada itu, rakyat asing seperti saya dilayan sama rata, baik di tempat kerja mahupun di luar pejabat. Saya tidak pernah mengalami masalah di tempat kerja disebabkan oleh warna kulit, agama, dan budaya saya yang berbeza.

Sebanyak 20% peratus penduduk di sini tidak memiliki passport Switzerland. Latar belakang mereka sangat berbeza, dan asal usul mereka dari seluruh pelusuk dunia. Ada yang berjawatan tinggi, dan ada juga yang tidak berpendidikan.

Apa yang menarik di sini adalah, ramai rakyat Switzerland yang jatuh hati dengan rakyat asing. Rakyat Switzerland suka mengembara ke serata pelusuh dunia, dan jika mereka jatuh hati, dibawanya bersama si jantung hati menetap di Switzerland ini.

Halaman yang menarik perhatian saya ini adalah satu cara kreatif rakyat Switzerland meluahkan rasa penghargaan dan perlunya mereka kepada rakyat asing, Di dalamnya terdapat gambar kawan, saudara-mara, kekasih, rakan sekerja dan sebagainya. Jika anda bersabar anda akan terjumpa satu gambar rakyat Malaysia.

Tontonilah halaman sesawang yang menarik hati saya di bawah ini. ‘Ohne dich’ bermaksud ‘tanpa dirimu’.

http://ohnedich.ch/

Apa komen anda?