Menyusu anak dikira waktu berkerja.



Sering kali ketika di pejabat rakan-rakan sekerja wanita mengambil masa rehat untuk menyusukan anaknya di nurseri mahupun si suami membawa anak mereka ke pejabat ibu untuk menyusu.

Mulai Jun tahun ini masa untuk menyusu ketika bertugas dikira sebagai waktu kerja dan ianya berbayar. Kerajaan Switzerland akan mengarahkan semua majikan supaya patuh kepada arahan ini mulai musim panas ini. Jumlah masa menyusu yang dikira adalah

Jika seorang ibu berkerja sehari;
Sehingga 4 jam = 30 minit
Antara 4 jam dan 7 jam =60 minit

Lebih daripada 7 jam= 90 minit

Selamat menyusu buat ibu-ibu semua.

Sumber: 20minuten.ch

Viggo
Penulis bersama Viggo yang ceria setelah selesai menjenguk emaknya untuk menyusu.

Apa komen anda?