Menjamu tengahari di kedai makan Ländte di kampung Oberhofen



Jika minggu lepas penulis bersiar-siar di kampung Merligen, minggu ini pula saya berkesempatan menikmati jamuan tengahari di kampung  yang bernama Oberhofen, sebuah kampung yang juga di tepi tasik Thun yang jaraknya 7.5 km daripada Merligen.

Restoran bernama Ländte ini terkenal dengan hidangan ikan segar yang ditangkap dari tasik dan juga pemandangan indah yang dapat dinikmati sambil menjamu selera.

Kebetulan sekarang musim Easter, meja makan dihiasi oleh hiasan bertemakan musim bunga.  Sambil menunggu juadah kami menikmati pemandangan tasik dan juga gunung Niesen. Mengikut kata penduduk di sini, cuaca boleh diramal mengikut kedudukan awan ataupun kabus yang meliputi gunung yang berbentuk piramid ini. Berikut adalah ramalan cuaca berbentuk pantun dua kerat di dalam bahasa Jerman.

Hat der Niesen einen Hut,

kommt das Wetter Gut

Jika Niesen memakai  topi (awan),

maka cuaca itu elok.

Hat der Niesen einen Kragen,

darfst du es von Haus grad noch wagen.

Jika Niesen memakai kolar,

Pertimbangkanlah sebelum keluar rumah.

Hat der Niesen einen Degen,

bleib zu Haus, es gibt gleich Regen.

Jika Niesen membawa pedang,

Duduklah di rumah, nanti hujan akan turun.

IMG_0622 IMG_0640 IMG_0650 IMG_0611

Jamuan tengah hari di mulakan dengan salad di susuli oleh ikan dan berakhir dengan pencuci mulut. Sambil menikmati juadah kami berbual-bual berkongsi cerita dan juga lawak jenaka.

Apa komen anda?