Video: Menjamu cokelat di Maison Cailler



Switzerland terkenal dengan cokelatnya yang bermutu. Sebab itulah secara purata penduduk di sini memakan cokelat hampir 9 kilo setahun! Sejarah cokelat di negara ini bermula lebih seratus tahun dahulu.

Saya bersama ibu bapa kali ini melawat ke museum dan kilang cokelat Cailler yang dimiliki oleh Nestle. Ianya terletak di kampung Broc, di daerah Gruyere di  mana penduduknya bertutur bertutur di dalam bahasa Perancis.

Banyak pengetahuan baru yang kami perolehi di sana. Selain itu kami juga berpeluang menjamu cokelat yang dihasilkan di sana dengan sepenuh hati!

Saksikanlah video yang saya hasilkan semasa lawatan yang melazatkan ini.

Apa komen anda?