Menanti kedatangan musim bunga, sejenak di kampung Merligen



Musim bunga adalah musim kegemaran penulis. Setiap hari ianya penuh dengan sesuatu yang positif. Siang hari semakin panjang, kegelapan malam semakin berkurangan. Burung burung mula berkercipan. Unggas yang sebelum ini berhibernasi mahupun bermigrasi mulai pulang ke sini. Salji mula cair dimulai dengan di kawasan tanah rata dan gunung-ganang yang masih lagi putih bersalji. Suhu pula semakin hari semakin semakin tinggi namun masih lagi nyaman. Warna suram dan kelabu digantikan dengan warna-warni bunga dan dedaun muda yang kelihatan di sana sini. Selamat tinggal kasut tebal, sarung tangan dan juga baju tebal yang berlapis.

Gambar di bawah diambil di satu kampung yang bernama Merligen. Kampung di pinggir tasik Thun dengan pemandangan indah Banjaran Alps.  Sungguh indah alam semula jadi ini.

 

Apa komen anda?