Menanam janggut



Manusia kekadang inginkan apa yang bertentangan dengan apa yang mereka ada. Sebagai contoh, manusia berkulit gelap di Malaysia inginkan kulit cerah seperti manusia di Switzerland dan mereka di sini tidak jemu berjemur di musim panas inginkan kulit seperti orang Malaysia.

Penulis pertama kali mendengar mengenai trend semasa di Switzerland di mana lelaki yang kurang atau tiada janggut sanggup menghabiskan duit menanam janggut satu persatu di dagu mereka.

Mengikut suratkhabar tempatan hari ini,  pertanyaan mengenai penanaman janggut bertambah enam kali ganda daripada sebelum ini.  Segala pertanyaan dijawab percuma oleh pakar dalam bidang ini di dalam halaman mereka www.hairforlife.ch.  Lelaki yang berminat biasanya berumur di antara 20 sehingga 35 tahun.

Rawatan ini menggunakan rambut daripada bahagian belakang kepala.  Oleh kerana rambut adalah lebih halus daripada janggut, maka janggut yang ditanam ini tidak sama daripada janggut asli, tetapi ia tidak dapat dikesan melalui mata kasar.

Mari kita lihat gambar sebelum dan selepas rawatan penanaman janggut ini di bawah. Selepas 2 tahun, janggut yang ditanam masih lagi kekal.

 

 

Leave a Reply to Kdsvizra Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.