Memerah susu kini kerja robot.



Kita semua ketahui bidang pernternakan merupakan satu bidang yang memerlukan banyak tenaga fizikal. Kini dengan bantuan robot,  seorang penternak muda Switzerland ini tidak lagi perlu memulakan kerja pada pukul 5 pagi setiap hari dan berpeluang meluangkan masa lapang bersama keluarga dan kekawan.

Kini lembunya mempunyai pilihan bila susunya untuk diperah. Mengikut penternak ini, taraf kesejahteraan lembunya meningkat . Lembunya kini hidup lebih sihat dan jangka hayatnya lebih lama. Kos perubatan haiwan juga menurun.

Bukan sahaha memerah susu, urusan membersihkan kandang atau memberi makan kepada lembunya kini diserahkan kepada robot.

Projek robot ini menelan belanja sejuta Swiss Francs (lebih kurang 4 juta MYR). Namun dengan pelaburan ini, perternak ini mampu mengawal penternakannya di hujung jari menerusi telefon bimbitnya.

Saksikanlah di video di bawah bagaimana robot ini berkerja di ladang pernternakan milik petani muda ini.

 

Apa komen anda?