Masoala Halle , hutan hujan tropika  di tengah bandar Zurich.


Ruang tertutup seluas 11000 meter persegi di dalam Zoo Zurich merupakan antara tarikan utama pelawat. Ini kerana dewan ini merupakan hutan hujan tropika tiruan menyerupai hutan hujan tropika Masoala di Madagaskar.

Ruang tertutup  berbumbung lut cahaya setinggi 30 meter dilengkapi oleh teknologi serba canggih untuk mengawal cahaya, suhu dan kelembapan di dalam hutan hujan tiruan ini.

Kehijauan hutan tiruan ini disebabkan oleh hampir 17000 tumbuhan yang ditanam dan dijaga rapi oleh saintis di sini. Selain itu terdapat juga 400 ekor haiwan daripada 60 species bebas berkeliaran di dalam dewan besar ini.

Berada di dalam hutan ini membuatkan penulis lupa sebentar yang penulis berada di Switzerland,  bukannya di dalam  hujan di Malaysia.

Untuk gambaran yang lebuh jelas sila rujuk video rakaman professional di sini.

Apa komen anda?