Mamee, Mi segera Malaysia di pasaran Switzerland



Jika anda datang ke Switzerland dan kehabisan bekalan makanan, silalah ke Coop , iaitu salah sebuah jenama kedai runcit yang mempunyai hampir 1500 cawangan di sekitar Switzerland ini. Di sana terdapat satu sudut makanan asia dan satu produk Malaysia yang dijual sejak lebih daripada 10 tahun yang lepas.

Mi segera ini membuatkan saya mengimbas saat ketika saya mula berhijrah ke sini sedekad lalu. Kerana kesempitan wang dan tiada perkerjaan tetap mi segera ini seringkali dijadikan pengalas perut dan pembekal tenaga. Ia juga pengubat rindu pada tanah air tercinta.

Terdapat 4 perasa iaitu ayam, daging, udang, dan kari. Bungkusannya ditulis didalam pelbagai bahasa dan pada bahagian belakang terdapat lambang halal Malaysia. Harganya ialah CHF 1.2 bersamaan dengan RM 4.6 (tukaran wang 1 CHF = RM 3.76 semasa artikel ini ditulis), namun bagi penduduk di sini ia dikira amat murah.

Saya bangga dengan syarikat Mamee yang berasal dari Melaka ini kerana berjaya menembusi pasaran Switzerland. Diharapkan lebih banyak lagi barangan buatan Malaysia yang bakal menembusi pasaran negara kaya ini.

Mamee multilingual
Bungkusan Mamee di dalam pelbagai bahasa
Mamee price in Switzerland
Harga sebungkus Mamee di Switzerland ialah CHF 1.20 sebungkus bersamaan lebih kurang RM 4.50
Mamee package
Tanda halal daripada Malaysia, juga alamat dimana mi segera ini dihasilkan.

Apa komen anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.