La Coquillade, hotel 5 bintang bersuasana kampung Perancis.



Pada cuti Easter pada minggu lepas, kami memandu selama 6 jam dari Bern ke selatan Perancis. Kawasan Provence merupakan kawasan cantik kerana ladang-ladang anggur dan juga puin-puin lama dan juga istana-istana lama. Cuaca di sana lebih sederhana berbanding di kawasan Alps di Switzerland ini.

Hotel yang kami pilih kali ini ialah La Coquillade yang membawa maksud sejenis burung kecil. Ianya milik seorang usahawan berjaya Switzerland. Hotel ini terletak di tengah-tengah ladang anggur. Klik di sini untuk harga penginapan di hotel ini.

Berada di sekitar hotel ini membuatkan saya terasa seperti berada di sebuah kampung kecil. Bangunan-bangunannya seperti bangunan lama di kampung, berbatu bata tidak serata dan tingkapnya dibuat daripada kayu.

Saksikanlah video yang kami rakamkan di sini.

Apa komen anda?