Kuda kerdil



Jika anda peminat kartun, ingatkah anda pada siri ‘My Little Pony’ yang disiarkan kaca televisyen dahulu?

Akhirnya penulis terjumpa dengan kuda kerdil asli sewaktu berjalan menerokai kawasan kampung berhampiran rumah penulis di Switzerland ini. Berkemungkinan besar yang ini adalah kuda pendek baka Shetland pony yang berasal daripada Scotland. Meskipun kecil kuda Shetland ini amatlah lasak dan cerdik.

Kini kuda kerdil digunakan sebagai tunggangan kanak-kanak . Ada juga yang dilatih menjadi haiwan panduan untuk mereka yang cacat penglihatan.

Apa komen anda?