Kubis bunga berwarna ungu dan jingga.



Sewaktu penulis sibuk membeli-belah di pasaraya tetiba ternampak bungkusan kubis bunga yang pelik daripada biasa. Kebiasaanya kubis bunga yang selalu penulis beli berwarna putih, tetapi kali ini terdapat juga kubis bunga yang berwarna oren dan jingga!

H01B5298

Penulis membelinya buat pertama kali. Ianya diimport dari Itali. Harganya agak mahal sedikit berbanding kubis bunga yang biasa.  Selepas dimasak, rasanya tiada beza dengan kubis bunga biasa.

Pada mulanya penulis menyangka yang kubis ini diwarna dengan pewarna, namun sangkaan penulis salah sama sekali. Rupa-rupanya kubis berwarna ini telah lama wujud.

Warna ungu pada kubis ini wujud kerana antioksidan semulajadi yang bernama anthocyanin.  Ianya wujud di dalam buah yang berwarna ungu/biru/merah gelap seperti buah anggur, kulit terung dan pulut hitam.

Kubis yang berwarna jingga pula mula dijumpai pada 1970 an di Kanada. Warna jingga disebabkan oleh beta karotin yang juga terdapat di dalam karot.

H01B5299 H01B5301 H01B5303

 

 

Apa komen anda?