Kenangan salji musim sejuk 2014/2015



Pada malam ini suhu 24 darjah Celsius iaitu suhu yang jarang dialami di sini.  Bukan senang untuk duduk pada waktu malam tanpa baju dan hanya berkain pelikat. Terasa bagaikan duduk di kampung. Sambil membelek-belek gambar, saya terlihat gambar musim sejuk yang lepas.

Salji turun agak lambat kali ini. Pada hari Natal 2014,  hanya sedikit sahaya yang melekat di muka bumi.

Namun pada  29 Disember salji turun dengan lebatnya. Saya sangat teruja dan terus mengambil kamera untuk merakamkan gambar di bawah.

Seperti tahun-tahun yang lepas saya ke St Moritz untuk menziarahi kakak angkat. Amat mengejutkan yang salji di sana tidak sebanyak  seperti di Bern. Tetapi suhu di sana mencecah -10 Celcius dan tasik sudahpun beku.

H01B9326

Di sana buat pertama kali saya berpeluang melihat Corn da Diavolezza, iaitu gaung yang diseliputi oleh air batu. Ianya buatan manusia dan digunakan untuk sukan mendaki air batu.

 

Pada bulan Februari hampir semua salji di Bern ini cair.

Bila musim panas sebegini saya rindukan musim sejuk, bila tiba musim sejuk saya mengeluh kerana kesejukan. Begitulah manusia tidak pernah puas hati dengan apa yang ada. Apa pun saya berasa bersyukur diberikan peluang untuk merasa kebesaran Allah yang menjadikan kitaran empat musim di bumi Switzerland ini.

 

Apa komen anda?