Kegigihanan seorang Yahudi Switzerland.



Surat khabar hujung minggu hari ini memaparkan kisah seorang jutawan media terkenal Switzerland. Berasal dari minoriti yang terdedah dengan diskriminasi dan rasismus, Schawinski gigih menentang arus. Berasal dari keluarga Yahudi yang konservatif. Ayahnya menasihatkan beliau agar duduk senyap dan menjauhkan diri dari perhatian masyarakat umum tidak dihiraukan sama sekali.

Pengalaman beliau dengan masyarakat Switzerland yang anti Yahudi pada tahun 70an sama dengan rasismus mereka pada orang berkulit hitam. Cemuhan pahit ditelan namun semangatnya berkobar-kobar ingin membuktikan yang bukan semua Yahudi itu sama.

Senjatanya adalah suara, pena dan kemahirannya sebagai seorang journalis menentang diskriminasi dan penindasan yang berlaku di serata dunia. Selaku wartawan beliau mendedahkan ketidakadilan di dalam masyarakat dan juga meningkatkan kesedaran hak pengguna melalui penulisan di akhbar dan majalah, serta siaran radio.

Lalu tercetuslah satu sejarah di mana radio haram yang diasaskan oleh Schawinksi ditentang oleh kerajaan. Pada masa itu semua stesen radio adalah milik kerajaan sahaja. Setelah dua kali stesen ditutup oleh kerajaan dan beliau terpaksa memancarkan siaran radionya dari negara jiran, pada tahun 1983 radio milik Schawinski adalah stesen radio swasta pertama di Switzerland yang sah di sisi undang-undang.

Kini Schawinski merupakan satu tokoh media yang disegani di Switzerland.

Apa komen anda?