Kawasan perkuburan di kawasan kejiranan penulis.



Tidak jauh daripada tempat penulis tinggal terdapat  kawasan perkuburan Protestan. Penulis selalu melintasi kawasan perkuburan ini  ketika mengambil angin di waktu petang. Ia terletak di atas bukit di mana penulis dapat melihat pemandangan kawasan kampung.

 Setelah kematian nenda angkat barulah pertama kali penulis menjejaki ke dalam kawasan perkuburan ini. Ia dijaga rapi seperti taman bunga. Bunga-bunga mahupun hiasan ditukar setiap kali musim berubah.

Sejak daripada itu penulis tidak kekok untuk  menjejaki di dalam kawasan ini, terasa insaf dan sedar bahawa hidup ini hanya pinjaman daripada Allah s.w.t. Dalam kesibukan mengejar nikmat dunia kekadang kita terlupa pada alam-alam yang menanti kita selepas ini.

Teringin sekali penulis untuk pulang terbang ke tanahair menziarahi pusara nenda-nenda dan juga saudara mara. Dari jauh penulis sedekahkan Alfatihah buat mereka.

Sila klik pada gambar di bawah untuk besarkannya.

Apa komen anda?