Hotel Estherea di Amsterdam, hiasan dalaman yang unik



Kali ini penulis singgah di Amsterdam dan dari sana menaiki Qatar Airways untuk ke Kuala Lumpur. Penulis dan sahabat memilih untuk menginap di hotel butik  Estherea yang terletak di tengah-tengah bandar Amsterdam.

Hotel ini terletak di antara deretan bangunan abad ke 17 di kawasan Singel, Amterdam. Ianya berdekatan dengan stesen keretapi, kawasan membeli belah dan juga tempat hiburan,

Penulis kagum dengan hiasan dalaman hotel ini yang berwarna-warni. Ianya bercirikan hiasan dalaman Viktoria. Terdapat banyak lampu kristal, kertas dinding, bunga-bungaan. Ini membuatkan penulis terasa berada di dalam hotel mewah.

Ruang legar hotel

Ruang legar ataupun lobi hotel ini mempunyai beberapa sudut. Ianya seakan-akan ruang tamu sebuah rumah mewah.

lobby 6 lobby1 lobby2 lobby3 lobby5

Bilik Tidur

Setiap bilik tidur di sini adalah unik dan tersendiri. Bilik tidur kami bertemakan merah dan putih. Saiznya agak kecil jika dibandingkan dengan hotel 4 bintang yang lain namun ianya masih selesa.

bed1 bed2 bed3

Cafe.

Di dalam bilik tidur tidak disediakan teh ataupun kopi, namun pengunjung boleh mendapatkannya di cafe yang terletak bersebelahan dengan ruang legar.

cafe1 cafe2

Bar,

Di sini tedapat lampu kristal yang besar. Kerusi dan mejanya pula  jenis tinggi.

bar1 bar2

Kami sangat berpuas hati menginap di sini. Pada musim pelancongan harganya agak mahal, namun ketika musim di mana pelancongan agak perlahan harga hotel ini setara dengan hotel yang kurang bintang dan juga kualitinya.

Sila klik link di bawah untuk mengetahui berapa harga penginapan hotel Estheria.
Tempah hotel Estheria

Apa komen anda?