Gambar president Switzerland menunggu keretapi untuk ke Bern menjadi tumpuan dunia



Bagi mereka yang tinggal di sini, berita seperti ini tidak menghairankan sama sekali.

president swiss

Tinggal dan bekerja di Bern memberikan saya peluang keemasan untuk melihat cara hidup menteri-menteri Switzerland.

Setiap hari penulis berbasikal melalui bangunan parlimen untuk ke tempat kerja.  Di sana kelihatan menteri dan ahli dewan parlimen masuk ke parlimen seperti orang biasa ke pejabat. Tiada kereta mewah, tiada pengawal peribadi. Kebanyakan mereka datang dengan berjalan kaki kerana stesen keretapi Bern tidak jauh dari parlimen.

Penulis juga pernah terserempak dengan seorang menteri wanita berlari anak berseorangan di dalam stesen keretapi mengejar keretapi yang beliau ingin naiki.

Ataupun jika saudara minum kopi di kedai kopi berdekatan dengan parlimen yang tiada pagar itu, kemungkinan besar saudara akan terserempak dengan menteri yang minum kopi di sana bersama orang ramai yang lain.

Inilah Switzerland, di mana pemimpinnya adalah hamba kepada rakyat.  Konsep mendewakan-dewakan pemimpin tidak wujud di sini. Mereka dipilih kerana mereka mampu berkerja dan berkorban keringat demi kesejahteraan rakyat, bukan sebaliknya.

Video kompilasi di bawah menunjukkan cara hidup pemimpin Switzerland yang cukup asing bagi pemimpin di Timur.

 

Sila baca   artikel saya yang bertajuk  Kepimpinan di Switzerland.

 

 

Apa komen anda?